Ads 468x60px


Apa itu zina?

Zina.. Apakah zina??? Zina menurut Islam???

Assalamualaikum semua... Hari ini saya kongsikan beberapa info mengenai zina... Ramai tertanya apakah zina sebenarnya... Semoga maklumat ini dapat digunakan untuk kita menjauhi zina... In sha Allah....



Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku. 

sumber :   Blog Mukjizat Doa


Apa itu ZINA???

Menurut laman sesawang WikipediaZina (Bahasa Arab: الزناء‎) adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri. Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghayru muhshan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah.



Perbuatan menghampiri ZINA - Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Saya pernah melanggani pelacur tiga kali. Saya melakukan segala-galanya kecuali bersetubuh. Saya tahu dengan melakukan perbuatan itu saya melakukan dosa besar. Tetapi saya ingin tahu, adakah perbuatan saya itu dikira zina? Adakah saya termasuk dalam kalangan penzina (yang seharusnya dikenakan hukuman 100 kali sebatan)? Adakah jalan untuk saya bertaubat dan bagaimana caranya?

Merujuk kepada persoalan ditimbulkan, sebagaimana diketahui, zina adalah perbuatan yang dikutuk Allah. Dalam hubungan ini, ada banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah melarang umat Islam melakukan zina. Antaranya, Allah berfirman, bermaksud: “dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (al-Isra’:32) 

Oleh kerana zina itu ialah perbuatan yang terkutuk, maka apa saja yang berkaitan dengannya, sama ada perbuatan, kelakuan, perkataan atau apa sahaja kegiatan yang boleh menjerumuskan atau membawa seseorang itu terjerumus ke dalam perbuatan zina, maka ia diharamkan Allah. 

Mengikut kaedah dalam ajaran Islam, perbuatan yang boleh membawa kepada perkara haram, maka ia juga haram. Begitu juga sebaliknya, sesuatu yang boleh membawa kepada perbuatan baik, berpahala, maka ia juga berpahala. Justeru, apa yang berlaku kepada anda adalah memalukan dan perbuatan yang ditegah oleh Islam. Walaupun anda tidak melakukan zina tetapi bercumbu dengan pelacur dan melakukan perkara lain yang ditegah agama dianggap berdosa kerana ia lambat laun akan membawa kepada zina. 

Perbuatan itu haram disisi Islam walaupun tidak sama dengan dosa zina yang merupakan dosa besar. Mengikut hukum Islam sendiri, sekiranya anda tidak melakukan zina anda tidaklah dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali. Tetapi melakukan suatu perbuatan yang boleh membawa kepada penzinaan itu adalah haram. Ini kerana perbuatan zina itu adalah haram, maka apa yang anda lakukan itu adalah haram kerana perbuatan itu akhirnya menuju ke arah penzinaan. Ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW. 

Baginda melarang orang yang menternak kambing seumpamanya, daripada menternaknya di tepi sempadan orang lain walaupun ia masih berada dalam tanah miliknya sendiri tetapi kerana berdekatan dengan sempadan itu, ditakuti binatang ternakan itu boleh memasuki dan memakan tanaman orang lain. Oleh itu, ia dilarang oleh Rasulullah SAW. Ertinya Rasulullah SAW atau Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh membawa kita terjebak ke dalam perbuatan haram. 

Oleh itu, segeralah bertaubat dan menyesal di atas perbuatan itu. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, kuatkan iman dan rajin beribadat kepada Allah. Pintu taubat masih terbuka dan Allah Maha Pengampun terhadap hamba-Nya yang menyesal dan bertaubat. Insya Allah, taubat anda akan diterima Allah. Kembalilah kepada agama Islam dengan sebenar-benarnya supaya hidup anda diredhai dan di berkati Allah.

Sejarah lalu

Bismillah hirrahman nirrahim...
Assalamualaikum pembaca blog sekalian...
Apa khabar??? semoga kalian sentiasa berada di dalam rahmat Allah.. in sha Allah...
Masa sekarang terlalu singkat rasanya... Hari ini hari selasa... Pejam celik pejam celik... Subhanallah...
Mungkinkah kiamat makin dekat??? Allahu... Bersediakah kita???

Terasa diri ini terlalu kerdil...
Subhanallah...sedih...
Dahulu saya terlalu leka dengan dunia....
Terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan.... Allahu....

Cukuplah diri.... Cukuplah melakukan dosa....
Sungguh saya ingin berubah...
Biarlah kali ini taubat ini adalah taubat nasuha....
In sha Allah...

Sahabat tolong doakan saya ye...
Mari kita berdoa bersama-sama...

Ya Allah... Tuhan sekalian alam.... Hari ini kami terlalu menyesali dosa lalu kami... Sejarah lalu kami yang sering terleka dengan dunia yang tiada penghujung... Kami mohon Ya Tuhan agar Kau terimalah taubat kami ini.... Kami insan kerdil Ya Tuhan... Kami tidak akan ada tanpaMu Ya Tuhan...Allahu akbar...
Ya Allah... Ya Rahman.... Tuhan empunya hati kami... Tuhan yang membolak-balikkan hati... Kami mohon agar Kau menetapkan hati kami agar berada di landasanMu yang Kau redai... Kau tetapkanlah jua hati kami untuk sentiasa melakkukan ibadat dan kebaikan... Kami lakukannya hanya untuk Ya Allah...
Ya Allah... Ya Rahim... Kami serahkan segalanya kepadaMu.... Semoga Engkau memberikan yang terbaik buat kami Ya Allah... Amin ya rabbal 'alamin... =)